~LA TAHZAN:JANGAN BERSEDIH~
Allah S.W.T Mendengar Jika Kita Mengadu PadaNya.
LA TAHZAN….
Bismillahirahmannirahim…Ainy
mulakan menulis blog dengan lafaz bismillah..dengan hati yang
tenang…tiada keserabutan dan masalah yang membendung dalam kotak
pemikiran…BENAR..dengan berdoa…Allah mendengar rintihan kita..dan
membantu kita..kenapa kita hambaNya dengan ego yang tinggi terasa berat
untuk mengangkat tangan menadah memohon keampunan penuh keinsafan dan
taubat..mengadu dengan rendah hati..ego itu harus dibuang…kerana di atas
dunia yang semakin banyak dugaan dan pancaroba dan propagandanya..hanya
DIA kita harus percaya..hanya DIA tempat kita mengadu
segala…sesungguhnya Allah S.W.T maha pengampun lagi maha pengasih dan
penyayang..
Sebagai seorang wanita..seorang
sahabat..seorang kekasih…seorang isteri..dan seorang ibu…kita harus
sentiasa tabah untuk mengharungi segalanya sementara nyawa masih berada
di dalam diri ini…DUGAAN sentiasa ada..walau dimana-mana kita
berada..hari ini kita gembira..mungkin esok kita akan berduka..jangan
harapkan mentari akan memanaskan bumi sepanjang hari..kerana hujan akan
turun bila-bila masa sahaja…persiapan diri mental dan fizikal perlu
untuk kita teruskan hidup…
Terlalu banyak dugaan telah dihadapi sejak 27 tahun hidup di atas muka bumi ini…namun ada satu kekuatan dalam diri
ini untuk terus menghadapi dugaan demi dugaan..tanpa
melawan….kerana..ALLAH S.W.T akan menduga kita selagi kita mampu
menangani dugaan itu…ia bukan aniaya..tetapi kerana mahu kita dekat
denganNYA..kerana kasihNYA kepada kita hambanya…
“Allah tidak membebani seseorg itu melainkn sesuai dengan kesanggupanya”
~surah Al-Baqarah ayat 286~
“janganlah kamu bersikap lemah,
dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang paling
tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
~surah Al-Imran ayat 139~
setiap hambanya diuji dengan
pelbagai dugaan, pelbagai kesedihan, kesakitan..dengan harapan moga kita
kembali kepadanya..dugaan besar mahupun kecil..adalah nikmat buat mereka
yang menikmati dugaan itu..
“bawalah daku kembali kepada
jalan mu..kuatkan lah diri hambaMu yang kerdil ini..jauhi daku dari
kesedihan ini berpanjangan agar daku mampu mencapai redhaMu Ya
Allah..”aminn..
Doa untuk hindari kesedihan |
InsyaAllah aku tidak akan terus mengalah kepada dunia yang penuh dengan pancaroba..kerana Allah sentiasa ada bersamaku..
"Ya Allah Ya Tuhanku..aku memohon
ampun daripadaMu..aku mohon keredhaan daripadaMu..aku mohon kau lindungi
keluargaku…anak-anakku dan suamiku Ya Allah…hanya kebahagiaan yang kucari
di dunia ini dan di akhirat sana…berilah kami sekeluarga peluang itu Ya
Allah…Amin..Ya Rabbal A'lamin……."
Sesungguhnya aku tidak terdaya untuk menghadapinya sekali lagi
Ya Allah..namun jika itu yang telah KAU tetapkan..akan ku harungi jua
lautan api tersebut sehingga menemui lautan jernih
lagi harum mewangi…:)
Wassalam...
No comments:
Post a Comment