PUDING KESUKAAN SITI NURHALIZA : PUDING BISKUT OREO
Hai ualls...
Hari ni Ainy nak kongsi resepi
mudah, cepat & murah untuk semua tatapan pembaca..
Ainy start buat Puding Biskut Oreo ni bila ada sorang kawan Ainy ni post gambar Puding Biskut Oreo yang dia buat ni kat wall facebook..memang meleleh la air liur kalau tengok..yang paling kagumnya, kawan Ainy ni lelaki tau.. dia memang pandai masak..macam-macam masakan dia boleh masak tau..
malu Ainy yang tak berapa pandai sangat ni...huhu.
Selepas dia post gambar Puding Biskut Oreo ni kat facebook,
terus Ainy whatsapp dia..
maklumla teknologi dah canggih sekarang kan..
semua di hujung jari..
Ainy dengan tak malunya tanya resepi Puding Biskut Oreo ni..
Ainy memang suka buat puding-puding ni sebab anak & husband Ainy suka makan..
So, rajin la buat..nak-nak pulak bila dapat pujian dari suami..maunya tak suka..hihi.
Ualls tau tak, kawan Ainy cakap Puding Biskut Oreo ni puding kesukaan Siti Nurhaliza..betul ke tak Ainy pun tak tahu la..tapi yang penting Ainy suka buat Puding Biskut Oreo ni sebab ianya mudah untuk disediakan & bahan-bahan untuk menyediakan puding ni pun murah..
kalau makan, memang sedap tak terkata..Terima kasih kepada my friend Mr. Nashrul Sidek yang tak kedekut ilmu..:)
Puding Biskut Oreo |
PUDING BISKUT OREO
Bahan-Bahan:-
1 paket agar-agar tali (25gm)
1.5 liter air
2 tin susu cair
300gm gula
1 1/2 cawan milo
1 bungkus biskut oreo
Cara-Cara:-
* Cairkan agar-agar dengan air
* Dah cair masukkan gula
* Dah larut gula masukkan susu
* Bila dah mendidih or panas sikit asingkan 4 cawan ke dalam periuk lain.
** Yang 4 cawan tu campur milo
** Dah larut milo tu tuangkan ke dalam loyang
** Tunggu sehingga keras sedikit then,
** Tuangkan yang susu pulak ke atas lapisan milo tadi
** Selepas tu bolehla taburkan biskut oreo ke atas lapisan susu tadi.
Tadaaaaaaa....da siap pun Puding Biskut Oreo niiii..
senang je kan..
kalau isi dalam peti ais lagi sedap di makan..
hmmm...walaaaaaaa....:)
Selamat mencuba ye u alls!!!!
No comments:
Post a Comment