Saturday, 29 March 2014

PUDING BISKUT MARIE


Hai uolls...
Hari ni Ainy nak share tentang resepi puding biskut marie tau..tadi Ainy dah siap buat..memang sedap sangattt..tak sabar rasanya nak makan puding biskut marie ni..
Kalau isi dalam peti ni, sekejap je licin..
Bahan-bahan untuk nak sediakan pun tak mahal dan mudah untuk didapati di man-mana kedai runcit or pasaraya..
Untuk menyediakannya pun taka lama..dalam 20 minit je..sempat sangat kalau nak buat sambil main dengan anak di rumah..


RESEPI PUDING BISKUT MARIE:-

Bahan-bahan:-
1. 10 keping biskut marie - dipatahkan
2. 5 biji telur
3. 1 tin susu cair
4. 1 cawan air
5. 1 cawan gula
6. Gula kabung/ gula kerek - disagat dan dicairkan


Cara-cara:-
~ cairkan gula kabung/ gula kerek di dalam loyang dengan menggunakan pengukus..
~ sementara menunggu gula kabung/ gula kerek tadi cair, blend kan bahan no. 1, 2, 3, 4, dan 5
~ apabila gula kabung/ gula kerek cair, sejukkan bagi sedikit keras.
~ then, masukkan semua bahan yang di blend ke dalam loyang berisi gula kabung/ gula kerek tadi
~ tuangkan perlahan-lahan bagi mengelakkan gula tadi naik ke atas..
~ then, kukuskan ia di dalam pengukus selama 15 minit or sehingga masak...SIAP!!!!


Tadaaaaa....dah siap...:)
Senang je kan...jimat masa dan jimat belanja..:)



Uolls yang suka membuat pudind-puding ni boleh la mencubanya di rumah..bole dijadikan pencuci mulut untuk dihidangkan kepada family dan juga tetamu yang datang...:)

Selamat mencuba!!!!


No comments:

Post a Comment