Saturday 22 March 2014

GELAGAT SI PENUMPANG BECA...

Hai uolls..

Hari ni Ainy nak cerita sikit pasal anak dara Ainy ni..
Nama anak dara Ainy ni Nurul Auni Suffiya. Tapi oleh kerana panjang sangat nak sebut, Ainy panggil Auni je..hihi



Pejam celik, pejam celik sekejap je dah 1 tahun 8 bulan usia Auni ni..
Dah besar ni macam-macam gelagat yang memcuit hati. Pendek kata memang tak kering gusi la tengok telatah si Auni ni. Walaupun badan Auni kecik, tapi mulut mengalahkan orang tua..
Ada je yang nak di celotehkan...pot pet, pot pet..:)

Baru-baru ni Ainy & husband jalan-jalan ke Kelantan & Terengganu. Kami pergi 2 hari 1 malam..
Kalau si Auni ni tak payah cakap la sukanya..sampai nak suruh tido pun tak nak..

Suka sangat dapat gi jalan-jalan..tengok itu la, tengok ini la..sampaikan kami pergi ke Pasar Payang, tak nak berdukung..nak berlari sana sini..
Sambil jalan- jalan tiba-tiba si Auni ni nampak ada beberapa beca..dia pun request la nak naik beca..
Bila husband Ainy letak dia kat beca tu terus je nak berposing..suka sangat dapat naik beca..hahaha.
Mengalahkan orang besar..dok tersengih je pandang kamera..

Bila nak ajak turun dari beca, Auni cakap kat ayah dia "tak nak..." Kami geleng kepala tengok si Auni ni.. Mana taknya, first time naik kan..mestila tak nak balik..sian pulak tengok Auni ni..
Dah on the way balik Pahang pun masih sebut "echa" lagi..agaknya tak puas main beca la tu..

Budak-budak punya ragam ni macam-macam kan..tak kisah la asalakan perkembangan mereka selari dengan usia mereka..apa yang mereka lihat, dengar, dan buat semuanya membuatkan otak mereka berkembang dan mempelajari sesuatu yang baru..

Ada satu petikan ayat di dalam buku psikologi, "kanak-kanak ni seperti span yang basah...cepat serap.." Maksudnya kanak-kanak ni cepat belajar dan tangakap apa yang mereka dengar dan lihat..so, masa mereka kecik ni la kita nak ajar & asuh mereka dengan betul terutama hal ehwal agama..
Kita juga sebagai orang tua kene la jaga perbuatan dan pertuturan kita agar yang tidak elok tu tidak menjadi ikutan anak-anak..ok..;)

No comments:

Post a Comment